E-COMMERCE MASTERCLASS FAMA
SHOPPEGRAM X FAMA
Gandakan Jualan 100% Automatik Dengan Ecommerce
Tonton video di bawah untuk maklumat lanjut tentang Ecommerce Masterclass FAMA
Lebih 6500+ Kedai Online Yang Dibina Sendiri Oleh Usahawan
Datang pagi, petang website dah live.
Wahai Usahawan,
Jika anda masih lagi belum onlinekan bisnes anda dan belum jumpa lagi cara untuk tingkatkan jualan 5-6 angka sebulan maka mungkin kursus yang disediakan oleh pihak FAMA ini bakal menjadi satu titik perubahan dalam bisnes anda. Ini adalah sebabnya...
Hai, nama saya Lutfi Azhar. Pada tahun 2013, saya bekerja sebagai seorang web developer dan juga peniaga online. Jadi pada masa tu banyaklah yang berniaga menggunakan Facebook, Instagram, Whatsapp dan sebagainya.
Memang best berniaga online ni sebab mudah tak payah jumpa customer pun boleh buat sales. Tapi dalam bisnes tak semuanya indah kan?
Ramai yang mengadu berkenaan dengan masalah penat nak layan secara manual karenah customer sorang-sorang. Sentiasa kena reply whatsapp, lambat reply nanti dah tak berminat. Nak check payment lagi, nak uruskan order, uruskan staff, nak buat marketing dan macam-macam lagi lah.
Jadi saya terfikir, macam mana kalau saya bina satu sistem dimana semua orang boleh gunakan hanya dengan masukkan je produk, setup dan terus boleh buat jualan dalam masa tak sampai satu hari!
Idea sistem yang saya impikan ini saya dan team berjaya lancarkan pada bulan Ogos 2019 selepas mengambil masa hampir lebih 5 tahun untuk dibina. Sistem ini dinamakan Shoppegram.
Shoppegram adalah satu sistem untuk membantu usahawan BELAJAR dan BINA sendiri bisnes online mereka dengan menggunakan ecommerce.
Alhamdulillah, dalam masa tak sampai 1 tahun dipasaran, lebih 5000+ kedai online yang telah dibina sendiri oleh usahawan dengan sistem Shoppegram dan dah ramai di antara mereka yang dah berjaya menjana pendapatan...
5 HINGGA 6 ANGKA SEBULAN!
Yang paling bestnya semua jualan ini dilakukan secara 100% AUTOMATIK menggunakan website Ecommerce tanpa perlu melayan prospek secara manual seperti menggunakan Whatsapp, FB Messenger atau PM.
Lebih Dari RM272k Jualan Dalam Masa
Tak Sampai 2 Bulan!
Siapa Yang Perlu Dapatkan Video Panduan Ini?
Jika jawapan anda adalah "YA" untuk salah satu soalan di atas, anda WAJIB dapatkan video panduan ini.
Lebih 6500+ kedai online yang telah dibina sendiri oleh usahawan.
Workshop Ecommerce Masterclass ini adalah sebuah workshop yang mudah difahami dan diaplikasi terus oleh semua orang kerana ianya sesuai untuk beginner dan penerangan diberikan secara terperinci dan praktikal langkah demi langkah.
Workshop ini bukanlah hanya daripada teori semata-mata yang kami cedok atau tiru dari mana-mana sifu yang ada.
Tetapi ini adalah hasil dari gabungan pengalaman kami sebagai profesional website developer dan juga pengalaman kami yang secara langsung menjual produk F&B, gajet, digital, servis dan lain-lain.
Jadi Mengapa Anda Wajib Join Workshop Ecommerce Masterclass FAMA ini??
Satu perkataan yang paling mudah untuk menggambarkan kenyataan kami di atas adalah,
"We walk the talk!"
Yang bermaksud "kami sendiri buat apa yang kami cakap" bukan hasil dari cedok sana cedok sini dan jual panduan pada orang ramai.
Kami juga berniaga online bisnes F&B dan kami terlebih dahulu yang telah menghabiskan ribuan ringgit semata-mata untuk mendapatkan hasil yang memberangsangkan sehingga 5 - 6 angka pendapatan.
Liputan media Berita Harian pada 3 Mac 2020
Order masuk secara automatik 100%!
Jualan setakat 10hb Sept untuk website baru.
Perbelanjaan kos iklan untuk salah satu perniagaan kami
Kami telah menebas hutan, belukar dan semak samun untuk membuat laluan yang mudah kepada anda bagi mengikut jejak langkah kami.
Sebab itu kami telah sediakan satu platform yang mana anda dapat belajar dan mendapatkan tips-tips yang tepat dan proven bagi memudahkan proses pembinaan website ecommerce anda yang boleh menjual secara automatik setiap hari.
Apakah Modul Utama Yang Anda Akan Dapat Belajar Dalam Ecommerce Masterclass FAMA Ini?
Workshop Ini Sesuai Ke Untuk Anda?
Ya kami tahu anda sedang memikirkan hal yang sebegini...
Suara kecil di dalam diri anda mesti terfikir benda-benda yang macam...
"Semua ni nampak macam menarik tapi bisnes saya lain dan benda ni tak akan berhasil pada perniagaan saya..."
"Alaa bisnes aku dah ok sekarang boleh buat duit jugak tak ada masalah pun..."
"Kalau aku tak pakai e-commerce pun boleh je jana jualan 5 angka sebulan baik aku fokus kat benda yang aku tahu je..."
YA! kami tak nafikan kebenaran suara kecil anda tu, tapi....
Biar kami ingatkan anda semula tentang kisah benar yang berlaku sebelum tahun 2008 yang mana pada ketika itu semua orang yang mempunyai lot kedai fizikal sedang dibuai mimpi dengan sales hingga 6 angka sebulan.
Kebanyakkan peniaga ketika itu masih lagi dalam zon selesa apabila perniagaan online baru nak berkembang ketika itu sehingga ada yang mengatakan...
"perniagaan online ini semua scam tak payah buat la.. mengarut!"
"Mana ada orang nak beli baju duduk dari rumah je tahu-tahu baju sampai"
"Malas lah nak belajar benda baru.. bisnes aku dah ok sekarang ni buat apa nak susah-susah buat online..."
Kini dah kita dah hampir masuk ke tahun 2021...
Kita boleh lihat apa yang telah berlaku. Banyak lot-lot kedai kosong tidak berpenghuni dan dahulu mereka yang tidak turut sama dalam bisnes online pun terpaksa gulung tikar.
Dengan kemunculan benda-benda baru seperti marketplace, E-commerce retail, dropship dan banyak lagi menyukarkan lagi keadaan perniagaan brick and motar yang ada sekarang.
Ini adalah pengajaran bagi kita semua yang mana kalau kita tak mahu berubah dan takut nak belajar benda baru sebenarnya itu akan membunuh bisnes kita.
Jadi sebab itu...
Workshop Ecommerce Masterclass yang di sponsor penuh oleh pihak FAMA ini adalah satu-satunya langkah proaktif yang perlu anda ambil untuk mula belajar tentang dunia e-commerce dan bagaimana untuk menjimatkan masa anda untuk setup satu website e-commerce dan boleh mulakan dengan cepat.
Ini Yang Anda Harus Lakukan Seterusnya...
Seperti yang telah kami jelaskan di atas, workshop fizikal 1 hari ini anda akan dapat belajar cara nak setup website ecommerce menggunakan sistem Shoppegram khusus untuk bisnes F&B. Datang pagi, petang website dah live dan boleh terus terima pembayaran!
Selain dari workshop satu hari ini, anda juga akan dapat 4 BONUS PERCUMA ini:
Bonus #1
Langganan 12 Bulan Pakej Standard Shoppegram
Tidak perlu untuk beli domain, segalanya telah lengkap dengan sistem Shoppegram. Sesuai untuk usahawan kerana boleh fokus lebih masa terhadap Marketing bagi tingkatkan jualan.
Bonus #2
Video Panduan E-commerce Masterclass
Percuma video panduan Ecommerce Masterclass untuk ulangkaji segala pembelajaran yang telah dipelajari didalam workshop pada bila-bila masa dan dimana sahaja selagi ada internet.
Bonus #3
Video Panduan Facebook Ads Conversion
Dalam memastikan kejayaan dengan E-commerce ni, trafik adalah elemen yang paling penting dan bagi membantu usahawan mendapatkan trafik yang tinggi, kami sertakan sekali panduan pengiklanan Facebook khusus untuk E-commerce.
Bonus #4
Ebook Panduan Stuktur Sales Page Ecommerce Yang Convert
Salah satu lagi elemen penting untuk membuat jualan adalah dengan menggunakan Sales page. Panduan untuk membuat sales page yang convert juga disertakan bagi memudahkan usahawan-usahawan mempercepatkan proses membuat sales page.
Bonus #5
2x Sesi Zoom Live Bersama Pakar Ecommerce Selepas Workshop
Sesi live 2 kali selepas workshop akan bantu usahawan untuk memperbaiki website ecommerce mereka supaya lebih berkualiti dan lebih tinggi peraatusan untuk prospek membeli di website masing-masing.
Bonus #6
Akses Percuma Facebook Group Support Shoppegram's Community
Akses percuma ke group Shoppegram Community bagi bantuan untuk segala permasalahan dan pertanyaan mengenai E-commerce dan Shoppegram.
Yuran pendaftaran Ecommerce Masterclass FAMA
RM1,400
Tarikh: 25 Mac 2021
Masa: 9 Pagi - 6 Petang
Lokasi: PKNS BizPoint Seksyen 7 Shah Alam
Apa Itu Shoppegram?
*Video demo setup website ecommerce guna Shoppegram
Shoppegram adalah sebuah platform untuk bina website ecommerce dengan mudah tanpa pengetahuan teknikal.
YA, BETUL!
Website ecommerce anda boleh siap tak sampai sehari dengan menggunakan platform Shoppegram.
Core Features Shoppegram
Drag and Drop Page Builder
Bina sales page atau landing page dengan mudah hanya drag & drop sahaja.
High Converting Checkout
Fungsi checkout yang mudah dan sesuai untuk pengguna di Malaysia dan terbukti memudahkan untuk pembeli yang kurang mahir membeli melalui ecommerce.
Social Proof Notifications
Fungsi untuk menambah keyakinan prospek baru untuk membeli di website anda.
Upsell & Bump Offer
Fungsi built-in marketing tools untuk menambah nilai jualan melalui sistem Checkout Shoppegram.
Built-in Fulfillment
Fungsi penghantaran yang telah diintegrasi didalam Shoppegram lengkap dengan sistem seperti Sendparcel, Delyva & MyParcelAsia.
Facebook Pixel & Google Tag Manager
Fungsi tracking yang advanced dan mudah digunakan untuk membaca data website anda atau membuat remarketing dengan mudah.
Order Management
Fungsi pengurusan order yang lengkap dan mudah digunakan beserta status untuk update pengguna secara automatik.
Inventory Management
Fungsi pengurusan inventori untuk menguruskan produk fizikal, produk digital atau servis.
Customer Management
Fungsi pengurusan data pelanggan di mana anda boleh menguruskan & membuat database marketing.
Masih Ragu-ragu?
Tak Perlu Risau Lagi Dengan Jaminan Kami
Website Siap 100%
Website anda akan siap 100% jika anda fokus dengan tenaga pengajar ketika sesi pembelajaran di dalam workshop. Datang pagi, petang website anda dah live dan boleh terus terima pembayaran.
Bantuan Teknikal
Anda stuck dan perlukan bantuan teknikal? Team teknikal kami sedia membantu anda pada waktu bekerja dari hari Isnin-Jumaat 9 pagi - 6 petang. Boleh emailkan kepada kami atau mesej sahaja dalam group FB kami.
TIADA RISIKO, HANYA ILMU YANG BERMANFAAT UNTUK ANDA PELAJARI!
Jadi, jangan buang masa lagi. Upgrade bisnes anda untuk tahun 2020 dengan
memiliki kedai online anda sendiri. Klik Daftar Sekarang
Yuran pendaftaran Ecommerce Masterclass FAMA
RM1,400
Soalan Lazim
PENAFIAN: Segala maklumat yang dikongsikan adalah penyelidikan pengalaman dan perkongsian kami sendiri. Maklumat-maklumat yang diberikan tidak menjanjikan dan menjamin jualan juta-juta secara serta merta pembaca kerana ini adalah salah satu alternatif panduan untuk membina website e-commerce pembaca. Jika nak terus tingkatkan jualan e-commerce maka pembaca perlu tambah lagi pengetahuan di dalam aspek marketing untuk website e-commerce. E-commerce Masterclass ini, Shoppegram Commerce PLT adalah entiti-entiti yang tiada kena mengena dengan Whatsapp. Facebook Ads, Instagram Ads, Facebook, Instagram dan Whatsapp adalah milik Facebook Inc.