Video Panduan Ecommerce High Conversion System
Dengan menggunakan sistem ini, pemilik perniagaan boleh mencipta halaman jualan yang dioptimumkan untuk memudahkan jualan dilakukan, dan sistem e-commerce yang bagus akan dapat membantu melancarkan proses pembelian terhadap produk yang ditawarkan.
🤔 Apa yang anda akan belajar?
Dalam modul yang lebih teknikal ini, kita akan buat bersama-sama sebuah sistem jualan yang convert dengan menggunakan Shoppegram. Antara topik yang akan diajar adalah:
- Sales Page Funnel
- Sales Page Structure
- Sales Page Setup
- Sales Page Optimization
- Custom domain setup
- Payment gateway setup
🚀 Kelebihan Faham Tentang High Conversion System
- Membolehkan peniaga menarik lebih banyak pelanggan berpotensi.
- Membantu peniaga meningkatkan jumlah pelanggan yang membeli produk atau perkhidmatan.
- Membantu peniaga meningkatkan nilai perbelanjaan setiap pelanggan (Average Order Value).
- Membantu peniaga memaksimumkan keuntungan daripada setiap transaksi.
- Menjadikan proses jual beli lebih mudah dan cepat.
🦸 Siapa yang sesuai untuk video panduan ini?
- Khusus untuk mereka yang nak naikkan jualan pada website ecommerce sedia ada
- Khusus untuk mereka yang tidak tahu apa yang perlu dilakukan untuk baiki jualan
- Khusus untuk mereka yang nak baik pulih kempen pemasaran sedia ada
- Khusus untuk mereka yang nak tingkatkan lagi potensi kempen pemasaran sedia ada